Sunday, May 3, 2009

MSB Bowling Fun Day 3rd May 2009

Miri - MSB mengadakan aktiviti kelab dan sekaligus aktiviti bersama keluarga pada 3 Mei 2009.

MSB Bowling Fun Day, dimulakan dengan aktiviti riding ke Bekenu yang di sertai oleh 13 orang riders yang memulakan perjalanan mereka dari Stesen Minyak Petronas Boulevard seawal 8.30pagi. Aktiviti rutin riding MSB akan berhenti seketika di pekan Bekenu untuk sarapan pagi, sebelum meneruskan perjalanan mereka kembali ke bandar Miri.

Pada sebelah petangnya, MSB mengadakan bowling Fun Day Tournament, di pusat bowling Megalanes East Miri. Pasukan terbahagi kepada 6 kumpulan (K5, R1, RedNinja, ZXR750, CBR600 dan Z1000). Keputusan rasminya seperti yang tertera di bawah.

Teams

Name

Game 1

Game 2

Tot.

G Total

Over All

Ind.

R1

Ally

113

93

206

591

3

6(L)

Effa

48

76

124

6(P)

Rossi

104

157

261

2(L)

Red

Ninja

Fadli

67

80

147

619

2

11(L)

Shafiq

143

142

285

1(L)

Adel

96

91

187

2(L)

K5

Din

69

99

168

588

4

10(L)

Martin

117

139

256

3(L)

Zaf

58

106

164

4(P)

ZXR 750

Sani

122

92

214

633

1

5(L)

Fendi

123

125

248

4(L)

Nadia

76

95

171

3(P)

CBR 600

Gurl

71

92

163

479

6

5(P)

Affiq

59

66

125

12(P)

Hamiz

103

88

191

7(L)

Z1000

Kimi

73

108

181

546

5

8(L)

Nomie

90

101

191

1(P)

Raikonen

72

102

174

9(L)



Ranking keseluruhan :

1. ZXR750 (Tuan Sani)
2. RedNinja (Fadli)
3. R1 (Ally)
4. K5 (Din Ameng)
5. Z1000 (Kimi)
6. CBR600 (Gurlz)

Ranking Bowler Lelaki MSB:

1. Shafiq
2. Rossi (Ally)
3. Martin
4. Fendi
5. Tuan Sani
6. Ally
7. Hamiz Ali
8. Kimi
9. Raikonen (Kimi)
10. Din Ameng
11. Fadli
12. Affiq Affendi

Ranking Bowler Wanita MSB:
1. Nomie
2. Adelina Sani (Mrs Sani)
3. Nadia Ali
4. Zafirah
5. Gurlz
6. Effa Ali (Mrs Ally)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Semangat kesukanan dan kekeluargaan yang ingin diterapkan dalam aktiviti kali ini.

Kata-kata amanat dari Ali Hasmi@Mr.R1 (peneraju MSB): Ribuan terima kasih kepada semus atas komitmen menjayakan MSB Bowling Fun Day. Kepada para pemenang, tahniah diucapkan. Hadiah, insyaAllah akan diberikan kemudian.

Bekenu Breakfast Riding





Gambar-gambar sekitar Bowling FunDay 030509








Orang kuat MSB in action...

Wednesday, April 29, 2009

AL-FATIHAH

Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.

Semua member MSB menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yg beriman....Al Fatihah.

Sunday, April 19, 2009

MSB pada aktiviti 19hb April 2009


Miri - Ahli-ahli seramai 11 buah motorsikal berkuasa tinggi memulakan aktiviti Miri Sportbikers dengan mengiringi pengantin, iaitu anak buah kepada salah seorang ahli MSB, Mohd Johani Edris pada jam 8.45 pagi, dari Mega Hotel ke Kampung Tudan. Pasangan pengantin, Norhafiza bt Hamran dan Mohamad Fadli bin Baharuddin selamat diijabkabulkan pada jam 10.00pagi di kediaman pengantin perempuan. Bagi pihak keluarga kedua-dua pengantin, merakamkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli-ahli MSB yang sudi mengiringi pengantin lelaki dan memeriahkan lagi majlis perkahwinan kedua mempelai.


Tepat pada jam 10pagi, semua ahli-ahli bergegas ke perkarangan tempat letak kereta Stadium tertutup untuk aktiviti seterusnya iaitu Program Derma Darah, anjuran Chan Association dan anjuran bersama Miri Sportbikers. Seramai 11 buah motorsikal daripada MSB, 6 buah motorsikal dari Bintulu Bikers dan 6 buah motorsikal daripada Star Riders yang membuat konvoi Derma Darah dari Stadium Tertutup ke Boulevard Shopping Mall yang diiringi oleh 3 anggota polis trafik. (MSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota polis trafik yang turut menjayakan konvoi ini)

Tepat pada jam 10.45 pagi, semua ahli-ahli konvoi tiba di perkarangan Boulevard Shopping Mall, terus menuju ke tingkat 3 untuk pendaftaran menderma darah. Mengikut rekod yang dinyatakan oleh Tabung Darah, seramai 32 orang telah menderma darah untuk program 19 April 2009.

Group foto di perkarangan stadium tertutup, Miri

Program Derma Darah anjuran Chan Association bersama-sama Miri Sportbikers

Sejurus selepas Program Derma Darah, MSB membawa Bintulu Bikers untuk makan tengah hari di Muara cafe sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kerana sudi datang dari jauh untuk Program Derma Darah ini.

MSB bersama Bintulu Bikers di Muara Cafe


Kata-kata amanat Ali Hasmi@Mr.R1 (jurucakap MSB) : "MSB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bintulu Bikers yang sudi datang dari jauh untuk menjayakan aktiviti amal pertama yang dianjurkan bersama oleh MSB. Juga kepada Star Riders dan anggota Polis Trafik Miri yang menjayakan program ini. Kepada orang ramai yang datang menderma darah, dengan bantuan anda, kita mampu menyelamatkan nyawa. Juga kepada para wartawan daripada Utusan Sarawak dan The Borneo Post, terima kasih di atas temuramah yang dilakukan. Jutaan penghargaan kepada Chan Association dan Tabung Darah (Blood Bank) untuk sokongan yang tidak terhingga dan kesudian memberi tunjuk ajar untuk acara amal pertama MSB."

Daripada Mohd Johani Edris : "Assalamualaikum. Bagi pihak pengantin sekeluarga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kawan-kawan bikers telah berikan semasa majlis perkahwinan tersebut!"

Wednesday, April 15, 2009

Blood Donation @ 19th April 2009 1030hrs - 1300hrs

Semua ahli yang bermotosikal, tidak kira apa cc pun, dijemput untuk sama-sama menjayakan program Derma Darah yang dianjurkan oleh Chan Association bersama Miri Sport Bikers yang akan diadakan di tingkat 3, Boulevard Shopping Mall pada 19th April 2009 dari jam 1030 - 1300. Sekiranya ada yang bermotorsikal ingin menyertai konvoi beramai-ramai, sila berkumpul di Indoor Stadium pada jam 10pagi sebelum kita bergerak ke Boulevard Shopping Mall.


Orang awam yang tidak ada motorsikal turut digalakkan hadir menjayakan program ini. Selamatkan nyawa dengan menderma darah!!! Anda mampu mengubahnya!!!

Sunday, April 12, 2009

Bintulu Bikers Festival

Member Miri Sportbikers seramai 11 buah superbike memulakan perjalanan mereka seawal 7pagi berlepas ke Bintulu sempena Bintulu Bikers Festival. Konvoi diketuai oleh Mr. Ali R1, dan dibantu oleh Fadli*Red-Ninja dan Sab*Kawa. Dua rider wanita turut menyerikan konvoi ini iaitu Gurlz Maria dan Nomie Mamarazzi.

Bintulu Bikers Festival telah diadakan di perkarangan landasan Lapangan Terbang Lama Bintulu, di tengah-tengah bandar Bintulu. Bermula pada Jumaat 10 April sehingga 12 April 2009. Seramai 250 bikers hadir menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Bintulu. Festival ini diadakan sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia.

Acara kemuncak festival ini berlaku pada hari kedua dimana tampak kelihatan semua bikers dari merata pelusuk Borneo hadir untuk memeriahkan lagi festival ini. Pelbagai jenis jenama dan jenis motorsikal berkuasa tinggi yang bersama-sama menjayakan pameran motorsikal berkuasa tinggi.

Festival yang dianjurkan oleh Bintulu Bike Community dan Pejabat Residen Bintulu telah di rasmikan oleh Senator Pau Chiong Ung. Di dalam ucapan beliau berharap agar festival ini akan menjadi acara tarikan pelancong untuk bahagian Bintulu di masa hadapan. Senator juga turut merasmikan Bintulu Bike Community.

Senator juga turut 'flag off' seramai 250 biker yang kemudiannya menuju ke Kampung Sg. Plan Lot. Semua bikers menghadiri majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kampung Sg Plan Lot, Bintulu. Majlis ini diadakan di Surau Kpg Sg.Plan Lot. Seramai 15 orang anak yatim yang bertuah menerima sumbangan daripada kelab-kelab motorsikal berkuasa tinggi dari serata Borneo. Sumbangan disampaikan oleh ketua-ketua kelab dari Miri, Bintulu, Sibu, Lawas, Kuching dan Brunei.

Pada sebelah malamnya, penghargaan diberikan kepada bikers yang hadir ke festival ini dengan jamuan makan malam. Jamuan makan malam telah ditaja oleh Bintulu Development Authority (BDA). Majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian oleh tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dr.Razali Abon.

Acara kemuncak malam itu pula adalah penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka yang layak. Antara anugerah yang disampaikan adalah, Big Bike Pilihan Ramai, Bike Paling Bersih, Bikers Paling Veteran yang disandang oleh Sulaiman Suhaili, Bikers Wanita Terunggul, Maria Rashidi, Cub Pilihan Ramai, Scooter Pilihan Ramai, Classic Pilihan Ramai, The Most Supporting Club yang disandang oleh Kelab Kekal Brunei Darussalam dan BBF Longest Rider yang disandang oleh Mohamad Harniwady Rahmad dari Lawas.

Jamuan makan malam yang lebih kepada konsep kekeluargaan diserikan lagi dengan sumbangan suara-suara merdu oleh bikers-bikers yang hadir pada malam itu. Antaranya adalah orang kuat Miri Sportbikers, Mr.R1 - Ali Hasmi yang mendendangkan lagu Terima Kasih, Jamilah sememangnya asal penyanyi juga berduet dengan tetamu kehormat pada malam itu dan tidak ketinggalan mamarazzi Miri Sportbikers.

Hari Kedua, flag off penutupan festival di mana bikers-bikers membuat 'short-ride' ke dewan suarah Bintulu untuk melihat pameran 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia. Kemudian semua bikers bersurai dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Grup Miri Sportbikers berangkat kembali ke Miri pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandaraya Miri kurang lebih jam 3.00 petang dalam keadaan yang basah kuyup disebabkan oleh hujan lebat dalam perjalanan dari simpang Similajau ke Miri.

Alhamdulillah, semua bikers tiba dalam keadaan yang selamat.

Hidup Miri Sportbikers!!!!

Next stop will be on the 19th of April 2009, blood donation campaign at 3rd Floor Boulevard Centre. We hope to see all of you there. Help save lives, donate blood!!!


-by mamarazzi@nomie-



Sepanjang perjalanan ini....





The 'Ghosts' Rider of Miri Sportbikers, featuring:
Mr Marshall n Sweeper, Sab Vin Diesel (in white)

The mastermind, Mr Valentino Ali

Mr Ameng-Din

Mr Joe

Mr Najib

The ultimate woman bikers, Gurlz

Mr. Fadli*Red Ninja Sweeper

Mr Afandi

Back up photographer, videographer, Mr Nelson

Mr. Ali

Nomie the mamarazzi

Mr.R1, the man

Sekitar Bintulu Bikers Festival 2009











Majlis Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim Kpg Sg Plan Lot, Bintulu


Penyampaian cenderamata


BBF 2009



Miri SportBikers with mamarazzi

Group photo di Dewan Suarah Bintulu

Gambar sebelum bertolak kembali ke Miri

yang terjadi selepas merempuh hujan yang maha lebat