Sunday, April 19, 2009

MSB pada aktiviti 19hb April 2009


Miri - Ahli-ahli seramai 11 buah motorsikal berkuasa tinggi memulakan aktiviti Miri Sportbikers dengan mengiringi pengantin, iaitu anak buah kepada salah seorang ahli MSB, Mohd Johani Edris pada jam 8.45 pagi, dari Mega Hotel ke Kampung Tudan. Pasangan pengantin, Norhafiza bt Hamran dan Mohamad Fadli bin Baharuddin selamat diijabkabulkan pada jam 10.00pagi di kediaman pengantin perempuan. Bagi pihak keluarga kedua-dua pengantin, merakamkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli-ahli MSB yang sudi mengiringi pengantin lelaki dan memeriahkan lagi majlis perkahwinan kedua mempelai.


Tepat pada jam 10pagi, semua ahli-ahli bergegas ke perkarangan tempat letak kereta Stadium tertutup untuk aktiviti seterusnya iaitu Program Derma Darah, anjuran Chan Association dan anjuran bersama Miri Sportbikers. Seramai 11 buah motorsikal daripada MSB, 6 buah motorsikal dari Bintulu Bikers dan 6 buah motorsikal daripada Star Riders yang membuat konvoi Derma Darah dari Stadium Tertutup ke Boulevard Shopping Mall yang diiringi oleh 3 anggota polis trafik. (MSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota polis trafik yang turut menjayakan konvoi ini)

Tepat pada jam 10.45 pagi, semua ahli-ahli konvoi tiba di perkarangan Boulevard Shopping Mall, terus menuju ke tingkat 3 untuk pendaftaran menderma darah. Mengikut rekod yang dinyatakan oleh Tabung Darah, seramai 32 orang telah menderma darah untuk program 19 April 2009.

Group foto di perkarangan stadium tertutup, Miri

Program Derma Darah anjuran Chan Association bersama-sama Miri Sportbikers

Sejurus selepas Program Derma Darah, MSB membawa Bintulu Bikers untuk makan tengah hari di Muara cafe sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kerana sudi datang dari jauh untuk Program Derma Darah ini.

MSB bersama Bintulu Bikers di Muara Cafe


Kata-kata amanat Ali Hasmi@Mr.R1 (jurucakap MSB) : "MSB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bintulu Bikers yang sudi datang dari jauh untuk menjayakan aktiviti amal pertama yang dianjurkan bersama oleh MSB. Juga kepada Star Riders dan anggota Polis Trafik Miri yang menjayakan program ini. Kepada orang ramai yang datang menderma darah, dengan bantuan anda, kita mampu menyelamatkan nyawa. Juga kepada para wartawan daripada Utusan Sarawak dan The Borneo Post, terima kasih di atas temuramah yang dilakukan. Jutaan penghargaan kepada Chan Association dan Tabung Darah (Blood Bank) untuk sokongan yang tidak terhingga dan kesudian memberi tunjuk ajar untuk acara amal pertama MSB."

Daripada Mohd Johani Edris : "Assalamualaikum. Bagi pihak pengantin sekeluarga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kawan-kawan bikers telah berikan semasa majlis perkahwinan tersebut!"

No comments: