Sunday, May 24, 2009

HARI KELUARGA BIKERS 2009

Miri - Hari Keluarga Bikers 2009 telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada hari Ahad, 24 Mei 2009. Seramai lebih 40 orang bikers menghadirkan diri bersama-sama keluarga masing-masing untuk sambutan hari keluarga ini. Bikers dari Kuala Belait Brunei, Temburong Brunei, Miri Bikers Club dan ahli-ahli MSB yang meramaikan lagi suasana pagi yang cerah. Pelbagai aktiviti-aktiviti diadakan untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga Biker 2009 yang dianjurkan oleh MSB. Aktiviti-aktiviti seperti berkaraoke dan sukaneka sememangnya memeriahkan suasana petang yang agak panas dan berangin di Pantai Tanjung Lobang.

Acara-acara sukaneka seperti tarik tali, balut mumia, cari gula dalam tepung, tiup belon sampai pecah, lari berganti-ganti, passing bottle dan santapan di Raja disertai oleh semua ahli dengan sukarela dan di sertai dengan penuh iltizam dan keazaman untuk menang.

Terima kasih di ucapkan kepada mereka yang datang menjayakan Hari Keluarga Bikers yang julung-julung kalinya di anjurkan oleh MSB pada tahun ini. Sekalung penghargaan di tujukan kepada Omar, Fadli dan Nomie di atas kerja keras mereka menjalankan dan menjayakan Hari Keluarga Bikers tahun ini. Kepada individu-individu yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga ini, jutaan terima kasih di ucapkan. Tanpa kerjasama dari anda semua, hari keluarga ini tidak akan berjaya.

Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

Santapan mata, gambar-gambar sekitar Hari Keluarga Bikers 2009.

Bikers paling sporting, saudara Ali dari KB Bikers



Registration....


Acara tarik tali...










MSB menentang KB bikers untuk tarik tali

Milah yang sporting....

bikers from KB... putih muka lepas tiup tepung

tiup Gurl, jangan tak tiup...

si kecik ni pun wakil MSB tau....


Membawa telur berpasangan tanpa menggunakan tangan


Santapan diRaja. Setiap kumpulan di kehendaki menghabiskan 4 jenis perisa makanan, buah mempelam, sayur peria, garam dan gula. Tengoklah aksi-aksi peserta dari KB Bikers, Miri Bikers Club dan MSB.










Sunday, May 3, 2009

MSB Bowling Fun Day 3rd May 2009

Miri - MSB mengadakan aktiviti kelab dan sekaligus aktiviti bersama keluarga pada 3 Mei 2009.

MSB Bowling Fun Day, dimulakan dengan aktiviti riding ke Bekenu yang di sertai oleh 13 orang riders yang memulakan perjalanan mereka dari Stesen Minyak Petronas Boulevard seawal 8.30pagi. Aktiviti rutin riding MSB akan berhenti seketika di pekan Bekenu untuk sarapan pagi, sebelum meneruskan perjalanan mereka kembali ke bandar Miri.

Pada sebelah petangnya, MSB mengadakan bowling Fun Day Tournament, di pusat bowling Megalanes East Miri. Pasukan terbahagi kepada 6 kumpulan (K5, R1, RedNinja, ZXR750, CBR600 dan Z1000). Keputusan rasminya seperti yang tertera di bawah.

Teams

Name

Game 1

Game 2

Tot.

G Total

Over All

Ind.

R1

Ally

113

93

206

591

3

6(L)

Effa

48

76

124

6(P)

Rossi

104

157

261

2(L)

Red

Ninja

Fadli

67

80

147

619

2

11(L)

Shafiq

143

142

285

1(L)

Adel

96

91

187

2(L)

K5

Din

69

99

168

588

4

10(L)

Martin

117

139

256

3(L)

Zaf

58

106

164

4(P)

ZXR 750

Sani

122

92

214

633

1

5(L)

Fendi

123

125

248

4(L)

Nadia

76

95

171

3(P)

CBR 600

Gurl

71

92

163

479

6

5(P)

Affiq

59

66

125

12(P)

Hamiz

103

88

191

7(L)

Z1000

Kimi

73

108

181

546

5

8(L)

Nomie

90

101

191

1(P)

Raikonen

72

102

174

9(L)



Ranking keseluruhan :

1. ZXR750 (Tuan Sani)
2. RedNinja (Fadli)
3. R1 (Ally)
4. K5 (Din Ameng)
5. Z1000 (Kimi)
6. CBR600 (Gurlz)

Ranking Bowler Lelaki MSB:

1. Shafiq
2. Rossi (Ally)
3. Martin
4. Fendi
5. Tuan Sani
6. Ally
7. Hamiz Ali
8. Kimi
9. Raikonen (Kimi)
10. Din Ameng
11. Fadli
12. Affiq Affendi

Ranking Bowler Wanita MSB:
1. Nomie
2. Adelina Sani (Mrs Sani)
3. Nadia Ali
4. Zafirah
5. Gurlz
6. Effa Ali (Mrs Ally)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Semangat kesukanan dan kekeluargaan yang ingin diterapkan dalam aktiviti kali ini.

Kata-kata amanat dari Ali Hasmi@Mr.R1 (peneraju MSB): Ribuan terima kasih kepada semus atas komitmen menjayakan MSB Bowling Fun Day. Kepada para pemenang, tahniah diucapkan. Hadiah, insyaAllah akan diberikan kemudian.

Bekenu Breakfast Riding





Gambar-gambar sekitar Bowling FunDay 030509








Orang kuat MSB in action...