Member Miri Sportbikers seramai 11 buah superbike memulakan perjalanan mereka seawal 7pagi berlepas ke Bintulu sempena Bintulu Bikers Festival. Konvoi diketuai oleh Mr. Ali R1, dan dibantu oleh Fadli*Red-Ninja dan Sab*Kawa. Dua rider wanita turut menyerikan konvoi ini iaitu Gurlz Maria dan Nomie Mamarazzi.
Bintulu Bikers Festival telah diadakan di perkarangan landasan Lapangan Terbang Lama Bintulu, di tengah-tengah bandar Bintulu. Bermula pada Jumaat 10 April sehingga 12 April 2009. Seramai 250 bikers hadir menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Bintulu. Festival ini diadakan sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalamMalaysia .
Acara kemuncak festival ini berlaku pada hari kedua dimana tampak kelihatan semua bikers dari merata pelusukBorneo hadir untuk memeriahkan lagi festival ini. Pelbagai jenis jenama dan jenis motorsikal berkuasa tinggi yang bersama-sama menjayakan pameran motorsikal berkuasa tinggi.
Festival yang dianjurkan oleh Bintulu Bike Community dan Pejabat Residen Bintulu telah di rasmikan oleh Senator Pau Chiong Ung. Di dalam ucapan beliau berharap agar festival ini akan menjadi acara tarikan pelancong untuk bahagian Bintulu di masa hadapan. Senator juga turut merasmikan Bintulu Bike Community.
Senator juga turut 'flag off' seramai 250 biker yang kemudiannya menuju ke Kampung Sg. Plan Lot. Semua bikers menghadiri majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kampung Sg Plan Lot, Bintulu. Majlis ini diadakan di Surau Kpg Sg.PlanLot . Seramai 15 orang anak yatim yang bertuah menerima sumbangan daripada kelab-kelab motorsikal berkuasa tinggi dari serata Borneo . Sumbangan disampaikan oleh ketua-ketua kelab dari Miri, Bintulu, Sibu, Lawas, Kuching dan Brunei .
Pada sebelah malamnya, penghargaan diberikan kepada bikers yang hadir ke festival ini dengan jamuan makan malam. Jamuan makan malam telah ditaja oleh Bintulu Development Authority (BDA). Majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian oleh tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dr.Razali Abon.
Acara kemuncak malam itu pula adalah penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka yang layak. Antara anugerah yang disampaikan adalah, Big Bike Pilihan Ramai, Bike Paling Bersih, Bikers Paling Veteran yang disandang oleh Sulaiman Suhaili, Bikers Wanita Terunggul, Maria Rashidi, Cub Pilihan Ramai, Scooter Pilihan Ramai, Classic Pilihan Ramai, The Most Supporting Club yang disandang oleh Kelab Kekal Brunei Darussalam dan BBF Longest Rider yang disandang oleh Mohamad Harniwady Rahmad dari Lawas.
Jamuan makan malam yang lebih kepada konsep kekeluargaan diserikan lagi dengan sumbangan suara-suara merdu oleh bikers-bikers yang hadir pada malam itu. Antaranya adalah orang kuat Miri Sportbikers, Mr.R1 - Ali Hasmi yang mendendangkan lagu Terima Kasih, Jamilah sememangnya asal penyanyi juga berduet dengan tetamu kehormat pada malam itu dan tidak ketinggalan mamarazzi Miri Sportbikers.
Hari Kedua, flag off penutupan festival di mana bikers-bikers membuat 'short-ride' ke dewan suarah Bintulu untuk melihat pameran 45 tahun Sarawak maju dalamMalaysia . Kemudian semua bikers bersurai dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Grup Miri Sportbikers berangkat kembali ke Miri pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandaraya Miri kurang lebih jam 3.00 petang dalam keadaan yang basah kuyup disebabkan oleh hujan lebat dalam perjalanan dari simpang Similajau ke Miri.
Alhamdulillah, semua bikers tiba dalam keadaan yang selamat.
Hidup Miri Sportbikers!!!!
Next stop will be on the 19th of April 2009, blood donation campaign at 3rd Floor Boulevard Centre. We hope to see all of you there. Help save lives, donate blood!!!
Bintulu Bikers Festival telah diadakan di perkarangan landasan Lapangan Terbang Lama Bintulu, di tengah-tengah bandar Bintulu. Bermula pada Jumaat 10 April sehingga 12 April 2009. Seramai 250 bikers hadir menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Bintulu. Festival ini diadakan sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam
Acara kemuncak festival ini berlaku pada hari kedua dimana tampak kelihatan semua bikers dari merata pelusuk
Festival yang dianjurkan oleh Bintulu Bike Community dan Pejabat Residen Bintulu telah di rasmikan oleh Senator Pau Chiong Ung. Di dalam ucapan beliau berharap agar festival ini akan menjadi acara tarikan pelancong untuk bahagian Bintulu di masa hadapan. Senator juga turut merasmikan Bintulu Bike Community.
Senator juga turut 'flag off' seramai 250 biker yang kemudiannya menuju ke Kampung Sg. Plan Lot. Semua bikers menghadiri majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kampung Sg Plan Lot, Bintulu. Majlis ini diadakan di Surau Kpg Sg.Plan
Pada sebelah malamnya, penghargaan diberikan kepada bikers yang hadir ke festival ini dengan jamuan makan malam. Jamuan makan malam telah ditaja oleh Bintulu Development Authority (BDA). Majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian oleh tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dr.Razali Abon.
Acara kemuncak malam itu pula adalah penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka yang layak. Antara anugerah yang disampaikan adalah, Big Bike Pilihan Ramai, Bike Paling Bersih, Bikers Paling Veteran yang disandang oleh Sulaiman Suhaili, Bikers Wanita Terunggul, Maria Rashidi, Cub Pilihan Ramai, Scooter Pilihan Ramai, Classic Pilihan Ramai, The Most Supporting Club yang disandang oleh Kelab Kekal Brunei Darussalam dan BBF Longest Rider yang disandang oleh Mohamad Harniwady Rahmad dari Lawas.
Jamuan makan malam yang lebih kepada konsep kekeluargaan diserikan lagi dengan sumbangan suara-suara merdu oleh bikers-bikers yang hadir pada malam itu. Antaranya adalah orang kuat Miri Sportbikers, Mr.R1 - Ali Hasmi yang mendendangkan lagu Terima Kasih, Jamilah sememangnya asal penyanyi juga berduet dengan tetamu kehormat pada malam itu dan tidak ketinggalan mamarazzi Miri Sportbikers.
Hari Kedua, flag off penutupan festival di mana bikers-bikers membuat 'short-ride' ke dewan suarah Bintulu untuk melihat pameran 45 tahun Sarawak maju dalam
Grup Miri Sportbikers berangkat kembali ke Miri pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandaraya Miri kurang lebih jam 3.00 petang dalam keadaan yang basah kuyup disebabkan oleh hujan lebat dalam perjalanan dari simpang Similajau ke Miri.
Alhamdulillah, semua bikers tiba dalam keadaan yang selamat.
Hidup Miri Sportbikers!!!!
Next stop will be on the 19th of April 2009, blood donation campaign at 3rd Floor Boulevard Centre. We hope to see all of you there. Help save lives, donate blood!!!
-by mamarazzi@nomie-
Sepanjang perjalanan ini....


The 'Ghosts' Rider of Miri Sportbikers, featuring:










No comments:
Post a Comment