Semua member MSB menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yg beriman....Al Fatihah.
Wednesday, April 29, 2009
AL-FATIHAH
Semua member MSB menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yg beriman....Al Fatihah.
Sunday, April 19, 2009
MSB pada aktiviti 19hb April 2009

Miri - Ahli-ahli seramai 11 buah motorsikal berkuasa tinggi memulakan aktiviti Miri Sportbikers dengan mengiringi pengantin, iaitu anak buah kepada salah seorang ahli MSB, Mohd Johani Edris pada jam 8.45 pagi, dari Mega Hotel ke Kampung Tudan. Pasangan pengantin, Norhafiza bt Hamran dan Mohamad Fadli bin Baharuddin selamat diijabkabulkan pada jam 10.00pagi di kediaman pengantin perempuan. Bagi pihak keluarga kedua-dua pengantin, merakamkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli-ahli MSB yang sudi mengiringi pengantin lelaki dan memeriahkan lagi majlis perkahwinan kedua mempelai.




Tepat pada jam 10pagi, semua ahli-ahli bergegas ke perkarangan tempat letak kereta Stadium tertutup untuk aktiviti seterusnya iaitu Program Derma Darah, anjuran Chan Association dan anjuran bersama Miri Sportbikers. Seramai 11 buah motorsikal daripada MSB, 6 buah motorsikal dari Bintulu Bikers dan 6 buah motorsikal daripada Star Riders yang membuat konvoi Derma Darah dari Stadium Tertutup ke Boulevard Shopping Mall yang diiringi oleh 3 anggota polis trafik. (MSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota polis trafik yang turut menjayakan konvoi ini)
Tepat pada jam 10.45 pagi, semua ahli-ahli konvoi tiba di perkarangan Boulevard Shopping Mall, terus menuju ke tingkat 3 untuk pendaftaran menderma darah. Mengikut rekod yang dinyatakan oleh Tabung Darah, seramai 32 orang telah menderma darah untuk program 19 April 2009.
Sejurus selepas Program Derma Darah, MSB membawa Bintulu Bikers untuk makan tengah hari di Muara cafe sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kerana sudi datang dari jauh untuk Program Derma Darah ini.
Kata-kata amanat Ali Hasmi@Mr.R1 (jurucakap MSB) : "MSB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bintulu Bikers yang sudi datang dari jauh untuk menjayakan aktiviti amal pertama yang dianjurkan bersama oleh MSB. Juga kepada Star Riders dan anggota Polis Trafik Miri yang menjayakan program ini. Kepada orang ramai yang datang menderma darah, dengan bantuan anda, kita mampu menyelamatkan nyawa. Juga kepada para wartawan daripada Utusan Sarawak dan The Borneo Post, terima kasih di atas temuramah yang dilakukan. Jutaan penghargaan kepada Chan Association dan Tabung Darah (Blood Bank) untuk sokongan yang tidak terhingga dan kesudian memberi tunjuk ajar untuk acara amal pertama MSB."
Daripada Mohd Johani Edris : "Assalamualaikum. Bagi pihak pengantin sekeluarga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kawan-kawan bikers telah berikan semasa majlis perkahwinan tersebut!"
Wednesday, April 15, 2009
Blood Donation @ 19th April 2009 1030hrs - 1300hrs

Orang awam yang tidak ada motorsikal turut digalakkan hadir menjayakan program ini. Selamatkan nyawa dengan menderma darah!!! Anda mampu mengubahnya!!!
Sunday, April 12, 2009
Bintulu Bikers Festival
Bintulu Bikers Festival telah diadakan di perkarangan landasan Lapangan Terbang Lama Bintulu, di tengah-tengah bandar Bintulu. Bermula pada Jumaat 10 April sehingga 12 April 2009. Seramai 250 bikers hadir menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan di Bandar Bintulu. Festival ini diadakan sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam
Acara kemuncak festival ini berlaku pada hari kedua dimana tampak kelihatan semua bikers dari merata pelusuk
Festival yang dianjurkan oleh Bintulu Bike Community dan Pejabat Residen Bintulu telah di rasmikan oleh Senator Pau Chiong Ung. Di dalam ucapan beliau berharap agar festival ini akan menjadi acara tarikan pelancong untuk bahagian Bintulu di masa hadapan. Senator juga turut merasmikan Bintulu Bike Community.
Senator juga turut 'flag off' seramai 250 biker yang kemudiannya menuju ke Kampung Sg. Plan Lot. Semua bikers menghadiri majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kampung Sg Plan Lot, Bintulu. Majlis ini diadakan di Surau Kpg Sg.Plan
Pada sebelah malamnya, penghargaan diberikan kepada bikers yang hadir ke festival ini dengan jamuan makan malam. Jamuan makan malam telah ditaja oleh Bintulu Development Authority (BDA). Majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian oleh tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dr.Razali Abon.
Acara kemuncak malam itu pula adalah penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka yang layak. Antara anugerah yang disampaikan adalah, Big Bike Pilihan Ramai, Bike Paling Bersih, Bikers Paling Veteran yang disandang oleh Sulaiman Suhaili, Bikers Wanita Terunggul, Maria Rashidi, Cub Pilihan Ramai, Scooter Pilihan Ramai, Classic Pilihan Ramai, The Most Supporting Club yang disandang oleh Kelab Kekal Brunei Darussalam dan BBF Longest Rider yang disandang oleh Mohamad Harniwady Rahmad dari Lawas.
Jamuan makan malam yang lebih kepada konsep kekeluargaan diserikan lagi dengan sumbangan suara-suara merdu oleh bikers-bikers yang hadir pada malam itu. Antaranya adalah orang kuat Miri Sportbikers, Mr.R1 - Ali Hasmi yang mendendangkan lagu Terima Kasih, Jamilah sememangnya asal penyanyi juga berduet dengan tetamu kehormat pada malam itu dan tidak ketinggalan mamarazzi Miri Sportbikers.
Hari Kedua, flag off penutupan festival di mana bikers-bikers membuat 'short-ride' ke dewan suarah Bintulu untuk melihat pameran 45 tahun Sarawak maju dalam
Grup Miri Sportbikers berangkat kembali ke Miri pada jam 1.00 tengah hari dan tiba di Bandaraya Miri kurang lebih jam 3.00 petang dalam keadaan yang basah kuyup disebabkan oleh hujan lebat dalam perjalanan dari simpang Similajau ke Miri.
Alhamdulillah, semua bikers tiba dalam keadaan yang selamat.
Hidup Miri Sportbikers!!!!
Next stop will be on the 19th of April 2009, blood donation campaign at 3rd Floor Boulevard Centre. We hope to see all of you there. Help save lives, donate blood!!!
-by mamarazzi@nomie-
Sepanjang perjalanan ini....


The 'Ghosts' Rider of Miri Sportbikers, featuring:










Thursday, April 9, 2009
The Members
Miri Bikers Information
Sharauddin ‘Ameng’ - Suzi K5
Ah Kwang - Kawa 250
Ah Kaw - CB 750
Aspia Imigresen - Virago 535
Ayee - R1
Chong - Kawa 500
Fadli Ci - Ninja 636
Gurlz - CBR 600
Hafiz Imigresen - Virago 535
Hj Abang - Shadow 1100
Iskandar - Dragstar
Gmon - T.B.A
Kamal - R6
Kelly JPJ - Valcun 400
Khushairi - XJR1300
Lai Otai ‘
Masri Imigresen - Virago 535
Mokhtar - Z1000
Najib - Magna 750
Nazrul - CBR 929
Omar - Kawa 1100
David Nassat - T.B.A
Rosli K’tan - Shadow 600
Sab - Kawa 900
Tuan Sani - Kawa 750
Nelson ‘Cen’ - Kawa 750
Ali Laku - Kawa 250
Joe - Kawa 400
Afandi Laku - Kawa 250
Rbie - Ez
Martin - Ez
Kimmy - CBR 600
Abang Mat - Gold Wing
Hisham - Naza 650
Hj Rahim - R1 Thunder Bird
Ali Hasmi - R1 Black Beauty
MiriSportriders - 19th April 2009 - event
MiriSportriders,
Majlis menderma darah confirm seperti dirancang:
Tarikh: 19th April 2009.
Hari: Ahad.
Waktu:10:00 - 13:00.
Tempat: Tingkat 3, Boulevard Mall.
Seperti biasa, kalau tak hujan kita berkumpul jam 7:30 pagi di Petronas Station (Boulevard). Kita gi sarapan di Bekenu dulu. Balik baru kita menderma darah.
Sila war-warkan kepada semua kawan-kawan bikers yg lain tak kira apa jenama motorsikal, cc motorsikal, fuel injection atau kaboretor... .janji tergolong dalam ketogori motorsikal. Target > 20 penderma darah.
Jika ada cadangan atau pendapat, boleh dibincangkan di sini.
Harap Velentino Ali & Tuan Sani boleh dapatkan parking khas di depan Boulevard.
Ameng.
On be half.
Fadli – Red NinjA.