Sunday, May 24, 2009

HARI KELUARGA BIKERS 2009

Miri - Hari Keluarga Bikers 2009 telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada hari Ahad, 24 Mei 2009. Seramai lebih 40 orang bikers menghadirkan diri bersama-sama keluarga masing-masing untuk sambutan hari keluarga ini. Bikers dari Kuala Belait Brunei, Temburong Brunei, Miri Bikers Club dan ahli-ahli MSB yang meramaikan lagi suasana pagi yang cerah. Pelbagai aktiviti-aktiviti diadakan untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga Biker 2009 yang dianjurkan oleh MSB. Aktiviti-aktiviti seperti berkaraoke dan sukaneka sememangnya memeriahkan suasana petang yang agak panas dan berangin di Pantai Tanjung Lobang.

Acara-acara sukaneka seperti tarik tali, balut mumia, cari gula dalam tepung, tiup belon sampai pecah, lari berganti-ganti, passing bottle dan santapan di Raja disertai oleh semua ahli dengan sukarela dan di sertai dengan penuh iltizam dan keazaman untuk menang.

Terima kasih di ucapkan kepada mereka yang datang menjayakan Hari Keluarga Bikers yang julung-julung kalinya di anjurkan oleh MSB pada tahun ini. Sekalung penghargaan di tujukan kepada Omar, Fadli dan Nomie di atas kerja keras mereka menjalankan dan menjayakan Hari Keluarga Bikers tahun ini. Kepada individu-individu yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga ini, jutaan terima kasih di ucapkan. Tanpa kerjasama dari anda semua, hari keluarga ini tidak akan berjaya.

Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

Santapan mata, gambar-gambar sekitar Hari Keluarga Bikers 2009.

Bikers paling sporting, saudara Ali dari KB Bikers



Registration....


Acara tarik tali...










MSB menentang KB bikers untuk tarik tali

Milah yang sporting....

bikers from KB... putih muka lepas tiup tepung

tiup Gurl, jangan tak tiup...

si kecik ni pun wakil MSB tau....


Membawa telur berpasangan tanpa menggunakan tangan


Santapan diRaja. Setiap kumpulan di kehendaki menghabiskan 4 jenis perisa makanan, buah mempelam, sayur peria, garam dan gula. Tengoklah aksi-aksi peserta dari KB Bikers, Miri Bikers Club dan MSB.










No comments: